Wednesday, November 5, 2008

Pengenalan

Fakulti Perubatan UiTM telah ditubuhkan pada 1 Desember 2004. Kokurikulum yang komprehensif telah di bentuk di dalam merencana graduan yang profesional, cekap dan bermotivasi. Disamping menekankan aspek pembelajaran formal dan klinikal, pelajar juga di dedahkan kepada aktiviti luar yang melibatkan komuniti dan masyarakat.

Program pemeriksaan dan promosi kesihatan adalah salah satu komponen penting di dalam Population Health and Preventive Medicine posting. Dengan kerjasama pihak penduduk tempatan, pensyarah dan juga fakulti, para pelajar akan memikul tanggungjawab untuk menganjurkan program ini secara menyeluruh. Terlibat secara total, iaitu dari peringkat akar umbi dalam merangka program , berhubung dengan pelbagai pihak luar serta menyediakan segala keperluan aktiviti, pelajar akan meraih pelbagai pengalaman yang cukup berguna sebagai bekalan menghadapi cabaran sebagai pemimpin dan pewaris negara di masa hadapan.

Program ini merupakan suatu inisiatif pihak fakulti untuk mewujudkan hubungan dua hala diantara pihak pelajar dan juga komuniti. Sebagai usaha untuk menyediakan graduan atau bakal doktor yang berkaliber, pelajar perlu memiliki integriti yang kukuh untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh masyarakat tanpa mengira, bangsa, agama atau taraf hidup.

Aktiviti yang bakal di jalankan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, merangkumi pemeriksaaan tekanan darah, ujian kandungan gula dalam darah dan khidmat nasihat atau kaunseling. Selain itu, pameran, ceramah kesihatan dan aktiviti sampingan lain turut di sediakan untuk memberi pendidikan kesihatan kepada para pengujung. Secara tidak langsung, melalui program dan aktiviti yang bakal di jalankan, masyarakat, khususnya di kawasan Taman Desa dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan.

No comments: